followers

Jumaat, 28 Disember 2012

burung biru

tatkala semua sedang lena diulit mimpi
aku masih lagi di sini
menatap burung biru serta kau 
kau yang bernama #rahsia2pria.

Selasa, 25 Disember 2012

hanya aku yang mengerti

sendirian ku termangu

menatap skrin komputer ribaku

memikirkan sesuatu yang memenatkan

memerlukan mindaku agar berfungsi

memikirkan apa lagi yang harusku coretkan

apa lagi yang harus ku contengkan

di laman hati ku ini

agar tampak ceria 

dengan kehadiran contenganku 

contenganku yang tak seberapa

namun tidak mengapa

kerna aku cukup puas

walau tak seberapa hasilnya

walau tak semegah mana nukilanku

tapi hanya aku yang mengerti

apa yang ku coretkan.

perlukah?

apa masih perlukah diri ini
apa pentingkah diri ini

diri yang tak seberapa nak pandai
diri yang tak seberapa nak kurus

diri ini yang pemalu
diri ini yang pendiam

perlukah ku berada di sini?
perlukah ku tampil ke dalam hidupmu?

jawab sahaja dengan jujur
sungguh aku tak kisah langsung.

tangan

tangan yang gatal
tangan yang degil

aku dah bilang jangan tekan
aku dah bilang jangan nak sibuk

tapi tetap berdegil
tetap tak dihiraukan

kau asyik dengan rindu kau
rindu kau yang tak seberapa tu bagiku

sekarang ni siapa nak tanggung?
tanggung malu yang kau cipta

padan muka kau!

Isnin, 24 Disember 2012

rahsia 2 pria





Assalamualaikum =)

baruku tahu..
baruku sedar..
tentang kewujudan buku-buku ini..
buku itu..buku itu..
ingin sekali aku mendapatkannya..
tapi keadaan belum mengizinkan lagi..
namun tidak mengapa..
akanku pasti mendapatkannya jua nanti..
tunggu ya emel dariku..
wahai sang pemuisi abemosyukiku and abe adi wafiku =)


-mosyuki borhan-

aku jumpa puisi ni dari blog sis farahanimrazak yang comel 
p/s: pinjam ye kak..saya tak curi =) *sorry*

buku puisi Si Kurung Putih.


perempuan, fasihkah aku 'tuk berdeklamasi
mana satu bunyinya pelik
dan mana satu bunyinya jelik

kau lah paling arif dalam memberi definisi suara hidupmu

maka aku masih tolol mendiskripsi bahasa nalurimu.

oleh adi wafi.



Sabtu, 27 Oktober 2012

My brother's engagement



Hyepp!! Lama xupdate entry ennnn? !!! He3..tulah bz sgt ditmbh dgn line intnt kt hp
 xbpe nk ok thats y kite xbpe nk rajin nk update..
Okay! 2day kite nk bg taw yg smalam on 271012 my brother da selamat bertunang
 dgn kekasih hatinya k.yan :) malas nk citer panjang2..so tgk je la eh gamba2 ni..hope uolls enjoy ^_^ sorry..i dunnow how to write so well so biarlah gambar yg menceritakan segalanyaaaa -.-



iman,zuan me n daus..dorg sume ni my anak buah..
yeah, i knew that they even looks more tall than me

ma brother n kak kak yan bakal kakak iparku..insya-Allah..

my mak, kak yana (sepupu), mokteh, shahira(sepupu), iman n me

wif mak lang's family

wif de glamors midnightwildcat

iman wif de super taller boy daus

de cutest thing during de E-day ^_^

me n daus :)

dah tau kan? malas nk ulang benda yg sama :) he3

^_^

acts such a candid!!

me wif kak yan :)

me n ma sistar kak liza

anyeong!

say cheeseeee !! :)

anak buahku amin n me ^_^

ma brother n that one yg mcm bieber tu adik kak yan :) hahah

meet me and de hottest guy midnightwildcat

another candid scenes

gelak la ye pepuass...

pandang-pandang..huhu..

yeahh...*tak tau nk ltk caption ape daa*
meet de gojjess iman

smileeee

sweet

ery (sepupu), kak long yg dok men hp, yg hujung ma sistar sheila, 
and sblah ery tu kakak ipar kk sikin

my mother :)

ala-ala sesi berpantun but xpon :)

Fuhh!!.. THE END... 

Selasa, 25 September 2012

Mimpiku

Kenape mesti kau hadir menyibuk dalam mimpiku?
Mimpiku jadi kacau,
Kehadiranmu menyemakkan hidupku,
Segalanya mengusutkan lagi jiwaku,
Jiwaku ini yang dahulunya aman dan bahagia.

Ahad, 1 April 2012

geram

sabar ye duhai hati
bawa bertenang
jangan hiraukan budak tu
nanti buat sakit hati je
kena tabah
life must go on !!

Jumaat, 30 Mac 2012

sukar

geseran beg

teriakan anak kecil

pacuan empat roda

masing-masing tak sabar

tak sabar nak meninggalkan

kolej kediaman yang usang

serasa tak percaya

kerana bagi aku

aku bagai tak nak pulang

tak nak meninggalkan uitm

uitm di hatiku.

Isnin, 19 Mac 2012

langit

ku duduk sendirian

berfikir sejenak

mendongak ke langit

melihat bintang-bintang

bertaburan di langit

tenang kurasakan di hatiku

setenang air yang tidak berkocak

ku rasakan bebas

bebas dari segalanya

aman tanpa gangguan 

tanpa ada dirimu

menganggu emosi

dan aku suka begini.

rasaku

contengan jalanan

meluahkan rasa hati

rasa yang jujur

rasa yang tulus

ku coretkan pada kertas

kulayangkan di awan biru

hilang disebalik keindahan awan

hanyut terbang bersama angin

hilang entah ke mana rasaku tadi

siapa yang menjumpainya

siapa yang membacanya

dengan siapa ku luahkan

aku pun tak pasti.



Isnin, 12 Mac 2012

soalnya hati

hati tertanya-tanya
siapakah gerangan itu
yang bakal menjelma
mengisi taman hatiku

hati tertanya-tanya
adakah dia
atau dia
atau mungkinkah dia

hati lalu berbicara
biarkan saja
semua tanda tanya
pergi bersama masa

andai tersurat sudah takdir kita
andai kata jodoh kita bersama
walau terpisah berabad lamanya
pastikan ketemu jua akhirnya


Sabtu, 3 Mac 2012

pencarianku

seandainya
dapat aku temui insan
yang mampu membimbing aku
ke jalan yang lebih diredhai

seandainya
dapat aku temui insan
yang sanggup menyayangiku sepenuh hati
tanpa rasa yang berbelah bagi

seandainya
dapat aku temui insan
yang terima aku seadanya
tanpa mempersiakan aku

seandainya
dapat aku temui insan
yang bersungguh-sungguh
ingin memiliki cintaku

mungkin berakhirlah pencarianku.

di situ

di situ

di perhentian itu

aku terlihat kau

kau menanti seseorang

tetapi tiada juga muncul

aku memerhati

aku melihat

kau dari jauh

hanya mampu tersenyum

saat kau tersenyum

gembira melihat kau bahagia.



sepi

sepinya kurasakan


dikala semua orang tiada


pergi satu persatu


meninggalkan diriku


keseorangan


bersendirian


hanya laptop peneman setiaku


yang sudi mengisi kesunyianku


terima kasih laptop


sayang kau lebih.

unexpectedly

tak pernah lihat


tak pernah jangka

secara tiba-tiba

dia menangis

meluahkan rasa hati

yang terpendam

yang merisaukan

sehingga tak terkata

dan tak terluah

tetapi

aku suka

kerna dapat melihatnya

dan sempat mengetahuinya.

tak pasti

saat mata bertaut

kau hulurkan kasihmu

saat berjauhan

kau tanamkan kepercayaan

namun hatiku tidak pernah menipu

mengatakan rasa tidak pasti

untuk bersama meniti hari yang mendatang

kerana bimbang

kau terlalu pentingkan yang lain. 

Jumaat, 2 Mac 2012

musykil

kau kata kau suka


kau kata kau sayang

tapi kau abaikan


aku semakin tak mengerti

aku semakin musykil

aku malas nak fikir dah


dah dah

pergi.

kotak

kalau boleh

semua kenangan kita

aku tak nak simpan




saat manis bersama


impianmu yang menggunung tinggi


dah pudar dari ingatanku




cara kita tak sama


walaupun rasa kita satu




tolong nyah dari kotak fikiranku


itu yang terbaik padaku.