followers

Jumaat, 30 Mac 2012

sukar

geseran beg

teriakan anak kecil

pacuan empat roda

masing-masing tak sabar

tak sabar nak meninggalkan

kolej kediaman yang usang

serasa tak percaya

kerana bagi aku

aku bagai tak nak pulang

tak nak meninggalkan uitm

uitm di hatiku.

Isnin, 19 Mac 2012

langit

ku duduk sendirian

berfikir sejenak

mendongak ke langit

melihat bintang-bintang

bertaburan di langit

tenang kurasakan di hatiku

setenang air yang tidak berkocak

ku rasakan bebas

bebas dari segalanya

aman tanpa gangguan 

tanpa ada dirimu

menganggu emosi

dan aku suka begini.

rasaku

contengan jalanan

meluahkan rasa hati

rasa yang jujur

rasa yang tulus

ku coretkan pada kertas

kulayangkan di awan biru

hilang disebalik keindahan awan

hanyut terbang bersama angin

hilang entah ke mana rasaku tadi

siapa yang menjumpainya

siapa yang membacanya

dengan siapa ku luahkan

aku pun tak pasti.



Isnin, 12 Mac 2012

soalnya hati

hati tertanya-tanya
siapakah gerangan itu
yang bakal menjelma
mengisi taman hatiku

hati tertanya-tanya
adakah dia
atau dia
atau mungkinkah dia

hati lalu berbicara
biarkan saja
semua tanda tanya
pergi bersama masa

andai tersurat sudah takdir kita
andai kata jodoh kita bersama
walau terpisah berabad lamanya
pastikan ketemu jua akhirnya


Sabtu, 3 Mac 2012

pencarianku

seandainya
dapat aku temui insan
yang mampu membimbing aku
ke jalan yang lebih diredhai

seandainya
dapat aku temui insan
yang sanggup menyayangiku sepenuh hati
tanpa rasa yang berbelah bagi

seandainya
dapat aku temui insan
yang terima aku seadanya
tanpa mempersiakan aku

seandainya
dapat aku temui insan
yang bersungguh-sungguh
ingin memiliki cintaku

mungkin berakhirlah pencarianku.

di situ

di situ

di perhentian itu

aku terlihat kau

kau menanti seseorang

tetapi tiada juga muncul

aku memerhati

aku melihat

kau dari jauh

hanya mampu tersenyum

saat kau tersenyum

gembira melihat kau bahagia.



sepi

sepinya kurasakan


dikala semua orang tiada


pergi satu persatu


meninggalkan diriku


keseorangan


bersendirian


hanya laptop peneman setiaku


yang sudi mengisi kesunyianku


terima kasih laptop


sayang kau lebih.

unexpectedly

tak pernah lihat


tak pernah jangka

secara tiba-tiba

dia menangis

meluahkan rasa hati

yang terpendam

yang merisaukan

sehingga tak terkata

dan tak terluah

tetapi

aku suka

kerna dapat melihatnya

dan sempat mengetahuinya.

tak pasti

saat mata bertaut

kau hulurkan kasihmu

saat berjauhan

kau tanamkan kepercayaan

namun hatiku tidak pernah menipu

mengatakan rasa tidak pasti

untuk bersama meniti hari yang mendatang

kerana bimbang

kau terlalu pentingkan yang lain. 

Jumaat, 2 Mac 2012

musykil

kau kata kau suka


kau kata kau sayang

tapi kau abaikan


aku semakin tak mengerti

aku semakin musykil

aku malas nak fikir dah


dah dah

pergi.

kotak

kalau boleh

semua kenangan kita

aku tak nak simpan




saat manis bersama


impianmu yang menggunung tinggi


dah pudar dari ingatanku




cara kita tak sama


walaupun rasa kita satu




tolong nyah dari kotak fikiranku


itu yang terbaik padaku.